Tentang Kami

Tetuan Fatimah Majidah & Associates (FMA) adalah sebuah firma yang menawarkan khidmat profesional Peguam Syarie bagi mengendalikan kes-kes di Mahkamah Syariah. Firma ini diterajui oleh Puan Fatimah Majemi dan Datin Sri Nur Majidah yang mempunyai pengalaman luas dalam mengenalikan kes-kes syariah di peringkat Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

FMA juga memberikan perkhidmatan nasihat perundangan dan hukum syarak yang jelas dan komprehensif bermula dari konsultasi hingga ke prosedur undang-undang kepada klien-klien berkaitan keadaan kes mereka dan pragmatik dalam pendekatan kami terhadap masalah yang dihadapi klien.

FMA menawarkan perkhidmatan yang efisein kepada semua golongan dan peringkat dengan harga yang berpatutan. Kami sangat komited untuk membantu klien-klien dengan penuh amanah, sentiasa fokus dalam menyelesaikan semua permasalahan klien-klien bagi memastikan keadilan diperolehi, dan sentiasa mengekalkan tahap profesional yang tinggi di dalam khidmat yang kami tawarkan.

KONSULTASI

Menyediakan khidmat nasihat berkaitan kes kepada pelanggan dari aspek hukum Syarak dan perundangan, tindakan awal yang boleh diambil, tindakan undang-undang yang sesuai mengikut permasalahan pelanggan dan lain-lain.

KHIDMAT GUAMAN

Menyediakan khidmat Peguam Syarie untuk mengendalikan kes-kes di mahkamah syariah.

PANEL JEMPUTAN

Menerima jemputan sebagai penceramah atau panel untuk memberikan perkongsian berkaitan undang-undang dan kes-kes syariah.

PEGUAM SYARIE

TETUAN FATIMAH MAJIDAH & ASSOCIATES

Datin Sri Nur Majidah

PEGUAM SYARIE

Puan Fatimah Majemi

PEGUAM SYARIE

PERKHIDMATAN

PERKAHWINAN

Menawarkan perkhidmatan guaman syarie seperti pengurusan perkahwinan, permohonan perkahwinan, permohonan perkahwinan bawah umur, pengesahan dan pendaftaran perkahwinan luar Negara, wali hakim, pengesahan nasab, permohonan poligami, harta sepencarian (poligami), nafkah isteri, nafkah anak, nusyuz, kembali taat dan lain2.

PERCERAIAN

Menawarkan perkhidmatan guaman syarie seperti tuntutan perceraian (cerai secara persetujuan, cerai di bawah seksyen 47, hakam, fasakh, takliq, khulu' ( tebus talaq), faraq nikah, angapan mati), pengesahan lafaz cerai luar mahkamah, tuntutan suami/isteri selepas perceraian (nafkah iddah, mutaah, harta sepencarian, nafkah tertunggak isteri, hutang dalam tempoh perkahwinan, hadhanah/hak jagaan anak ( custody), ubah perintah hak jagaan anak, nafkah anak, tunggakan nafkah anak, ubah perintah nafkah anak, saman penghutang penghakiman, komital dan lain-lain.

PERUNDING HARTA ORANG ISLAM

Menawarkan perkhidmatan guaman syarie pengurusan harta pusaka/faraid dan Penulisan hibah, wasiat dan wakaf dan lain-lain berkaitan harta orang Islam.

PENGANTARAAN KELUARGA

Menawarkan perkhidmatan pengantaraan keluarga bagi membantu memudahkan proses perbincangan dan rundingan

JENAYAH SYARIAH

Menawarkan perkhidmatan guaman syarie bagi membela pihak tertuduh dan rayuan

KONSULTASI

Menawarkan perkhidmatan konsultasi/khidmat nasihat guaman syarie (undang-undang dan hukum syarak)

Petikan NAS AL-QURAN

Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. SURAH AL-BAQARAH : 233

Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. SURAH AL-BAQARAH : 228

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik. SURAH AL-BAQARAH : 229

Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah pemberian saguhati dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa. SURAH AL-BAQARAH : 241

Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). SURAH AN-NISA’ : 24

Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. SURAH AL-TALAQ : 6

HUBUNGI KAMI

Alamat

B-02-12, Blok B, One South Street Mall, Jalan OS, Seksyen 6, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
Loading
Mesej Anda Telah Dihantar. Terima Kasih!